Assalamualaikum
Sekarang nie rumah dah start kosong, tinggalkan raihan dan blognya seorang diri kesepian. Huhu. Semalam ialah hari tersibuk. Lepas subuh, raihan start tolong umi kemas rumah. Then buat aktiviti mencuci rumah ikan. Payah jugak lah nak mencucinya. Dikala adik-adik yang tengah sedap membuat tahi mata. Raihan cuci rumah ikan dengan bantuan umi. Nasib umi tolong, kalau tak mahu bunuh diri dalam rumah ikan tuh. Haha. *tipu nie.
Tadaa!!
Selalunya akuarium kat rumah nie akan jadi macam nie. Sebab dah lama tak maintain. =.='
Lama-lama tank nie akan kehilangan penghuninya.
Sama ada kebuluran atau mati mengejut.
Bila kena paksa atau mood rajin, tank nie akan jadi macam nie. Hehe.
Kalau terlebih rajin, beli penghuni baru untuk memeriahkan suasana.
Lepas tuh buka lampu kat tank tuh, dan nikmati view yang ohsem. Siap bagi makan,
penghuni tank nie pon happy.
Tapi semalam lain ceritanya. Lepas cuci tank nie, penghuni asal telah dibuang ke tasik. Dan cari penghuni baru untuk mendiami tank nie. Umi beli 10 ekor ikan guppy. 5 ekor jantan dan 5 ekor betina.
Sekian. Berita rumah ikan dimaklumkan.
Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)