Adik punya bisnes

Assalamualaikum

Thanx sebab drop here. Raihan nak share something, sebenarnya dah lama buat dah tp belum berkesempatan nak update dalam blog. Raihan tolong adik buat bisnes coklat. Mula-mula tuh modal rm45 sahaja. Tapi sekarang nie dah ade RM113. Banyak tak? Hehe. Jual kat koperasi sekolah yang umi raihan mengajar tuh. Biasalah budak-budak kan memang sukakan coklat. Raihan dan adik-adik lain pon makan banyak dah.

Coklat tuh adik raihan guna coklat putih dan coklat hitam (dark). Coklat hitam tuh memang sedap sangat. Manis pon manis. So tak boleh makan banyak sekaligus. Raihan suka coklat sebagai penjana kegembiraan. Dan juga sumber glukos bila tengah lapar tapi tak sempat makan atau tak ada makanan.

Korang suka makan coklat apa?

p/s: Nanti raihan tayang coklat yang kami adik-beradik buat tuh lain kali ya. :)




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Button badge for bloggers

Assalamualaikum

Pagi tadi raihan dah siapkan satu projek iaitu pembikinan header untuk pemenang GA. Bukan raihan punya GA tau. Orang lain punya tapi raihan sponsor header kepada pemenang saja. Hehe. Raihan malas nak buat GA dan join GA. Haha. Tak tahu lah kenapa. Kalau ade yang ajak, insyaALLAH raihan join. Tapi tak janji lah.

Now i want to start new project. Raihan nak buat button badge utk bloggers yang berminat. Tak perlu buat entry. Tapi kalau nak buat pon boleh. Tak kesah.Kat bawah nie contoh button badge yang raihan akan siapkan bagi yang berminat.

Tiada tarikh tamat. Raihan akan siapkan untuk semua yang berminat one by one.

Cara-cara nak dapatkan button badge by raihan :

1. Bagi code untuk tudung dan shape luar.
2. Tunggu sampai habis loading. klik sini dan picit sini.
3. Tinggalkan url blog pada entry nie.
4. Like page nie : 





Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Header sponsor dah siap!!

Assalamualaikum

Maaf ya kepada penerima-penerima hadiah header dari raihan. Lambat siap header nie. Hehe. Raihan akan ambil banyak masa untuk melukis. Maklumlah belum pro lagi. Siap, reject, siap, reject. Susah nak pilih yang terbaik. Huhu.

Hope korang suka lah header yang raihan buat nie ya. Raihan dah cuba yang terbaik. And this is my best. Walaupun tak kretip macam profesional. Tapi ku gagahkan jua untuk siap kan. Huhu. Ada yang raihan touch up tengah-tengah malam. Sebab tiba-tiba ada idea pulak. Hehe.

p/s: Sila tarik image header ke new tab untuk dapat saiz sebenar. 900x400.


Milik cik chocolate. Raihan tak tahu nama sebenar dia ke raihan yang tak perasan. Hihi. Dia bagi raihan url doodle. So raihan edit sikit2 je lah. Paling cepat siap sebab tak payah fikir nak lukis apa. 

Milik cik eyra. Maaf ya raihan tak tahu font yang eyra tgh guna tuh nama apa. 
Jumpa yang seakan-akan je. Raihan tambah sikit2 ayat kat situ. Hope eyra tak kisah ya.


Milik cik noris. Dia minta raihan lukis gegurl pakai tudung dan pegang kucing.
Raihan tak pernah lukis kucing sebenarnya. 1st time lukis demi noris. Huhu.
Ada ke rupa kucing tuh? Haha.





Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Segmen : Kenali Komuniti Blogger

Assalamualaikum

Jom join nnt boleh dapat free header. Thanx abg nasz tag raihan. 


Cun tak header bawah nie. Jom rebut sama2. Tamat 31 Julai 2012.



Tag :
dan semua yang membaca dan terbaca.




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Senyum pada Isnin

Assalamualaikum

Hadapi isnin dengan senyuman. Selalunya mesti mengeluh sebab isnin dah nak memunculkan dirinya. Terasa weekend begitu cepat berlalu dan tak puas lagi bercuti. Kemalasan yang menggunung bila hampir tiba hari isnin. Dan rata-rata hari isnin pergerakan menjadi lambat. Sebab kononnya baru nak warm up.

Jom kita hadapi isnin dengan senyuman.

1.Mesti mempunyai weekend yang gempak.
Korang dah enjoy habis time weekend. Buat apa yang korang nak buat sesuka hati supaya korang tak menyesal dan akan merasa puas hati.

2. Tidur yang cukup.
Pastikan korang tak buat aktiviti yang memenatkan contoh jungle trekking. Nanti keletihan yang melampau. Tak sempat nak rest.

3. Kunci jam lebih awal.
Bila tidur malam sebelum hari isnin tuh, make sure korang kunci jam awal. Kalau lambat, korang akan terlambat dan tergesa-gesa untuk bersiap. Lambat datang kerja, kena marah dengan bos. Tension awal-awal pagi tak best.

4. Buat something yang gembira.
Lakukan aktiviti yang boleh menyenangkan tubuh badan. Contohnya meditasi dan bersarapan secara sihat. Mood kita akan lebih baik untuk sepanjang hari.

5. Pakai pakaian kegemaran.
Kesan psikologi pada minda kita. Bila kita pakai pakaian yang kita suka ia boleh menyebabkan kita lebih yakin diri.





Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Elakkan insomnia

Assalamualaikum

Hari Ahad the malas day. Haha. Sebenarnya nak cerita yang semalam raihan tak tidur semalaman. Raihan berjaga sampai ke waktu sahur. Sebabnya apa? Adalah incik insomnia nie tak bagi raihan tidur dengan aman dan nyenyak. Ggrr. Raihan pon berminat lah nak cari penyelesaian, macam mana nak bagi tidur kalau kita tak boleh tidur.


Raihan jumpa cara nie. Nanti kalau korang hadapi incik insomnia nie, silalah amalkan ya. Jom ketahui caranya :


1. Jumpa doktor. 
Nie bila dah parah sangat lah. Berpunca dari stress dan tekanan. Lagi kita nak paksa diri kita tidur, lagi parah.


2. Mandi air panas.
Bukan yang tengah mendidih tuh ye. Maksudnya suam lah. Kalau lagi baik, letak sikit garam mandian. Tapi tak boleh lama berendam, nanti drained.


3. Mendapatkan urutan.
Korang suruhlah sesapa yang pandai mengurut. Kalau dorg tak nak, bagi lah upah. Hehe.


4. Dengar muzik.
Dengar lagu yang soft tau. Band rock minta jauh lah. Boleh tenangkan fikiran.


5. Minum susu (suam)
Minum 15 minit sebelum masuk tidur. Susu boleh bagi kita relax.Kalau tak suka susu, minum lah fennel tea atau camonile tea.




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Segmen dari Jiakreatifelt : Jom kumpul duit raya

Assalamualaikum



Bagi menepati syarat, sila klik iklan berikut. Tunggu sehingga habis loading.
Komen dekat entry kalau dah klik, raihan akan klik balik. 
Nak klik tiap2 hari pon boleh. Nanti raihan klik tiap2 hari jugak. No biggie. ^^





Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Bantal dan personaliti

Assalamualaikum

Nothing serious. Cuma gaduh pasal bantal dengan my sis. Tak tahu lah nak kata apa cuma, raihan sendiri pelik kenapa kalau tidur mesti nak kena ada bantal banyak. Dan yang penting mesti tiga biji bantal. Lebih lagi baik, kurang tak boleh. Haihh. Bila balik kampung, dapat sebiji je. Padan muka sendiri.

Jom baca kaitan bantal dengan personaliti diri sendiri. Raihan jumpa kat wall post one of my friend. Terdapat beberapa ketegori peluk bantal dan perwatakan.  Rupanya raihan termasuk dalam kategori yang kedua. Haha. Sabar jelah. Korang yang mana satu?

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanyaberjiwaseni. Mereka
mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Merekajuga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk sukab berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Takde bantal
Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!! 





Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Attention kepada Pemenang GA Iera

Assalamualaikum


Pengumuman kepada pemenang GA Iera. Klik sinikalau nak tahu yang mana yep. Senarai pemenang tengok kat sini pula. Pembahagian hadiah tengok kat sini pula. Kalau nak tahu nie adalah salah satu GA yang disponsor oleh raihan. Hehe. Sponsor header utk tiga pemenang sahaja.

Terima kasih pada eyra yang bagitahu tentang hal nie. Kalau tak memang raihan dah tak ingat lah. Sori ye. Nanti raihan buatkan secepat mungkin ya. Hehe.

Perhatian juga kepada bloggers ini :

  1. http://mycadburychocolateblog.blogspot.com/2012/06/untuk-dia-1st-giveaway-by-syakirah-and.html
  2. http://idupseorangnoyis.blogspot.com/2012/06/untuk-dia-giveaway-by%20syakirah-dan.html

Sila berikan kriteria header yang awak mahukan :

Gambar/Doodle (Berikan url kalau ada pilihan sendiri atau nak raihan lukis kan) :
Code warna tulisan :
Jenis tulisan :
Url blog/ Ayat-ayat yang nak ditulis pada header :

Apa-apa perubahan header selepas siap atau perbincangan sila tweet raihan utk mudahkan kerja. Hehe.


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Jangan tidur menghadap kipas angin

Assalamualaikum


Tahun 2012 diramalkan menjadi tahun yang panas. Dan ramai di antara kita yang suka tidur menghadap kipas angin yang dihidupkan. Kakak raihan pon salah seorang daripadanya. Sebelum nie memang tak tahu kesannya. Apabila kita tidur menghadap kipas angin yang dihidupkan boleh mengundang bahaya iaitu kesesakan nafas ketika kita sedang nyenyak tidur.

Disebabkan kipas angin diarahkan secara langsung ke muka kita, ia mengurangkan serta menghalang kita menghirup oksigen yang kita perlukan. Kes nie akan jadi lebih teruk jika kita tidur menghadap kipas dalam bilik tertutup.  Ia akan menyebabkan suhu badan kita menurun.

Apabila suhu badan kita menurun, nafas dan denyutan jantung pon akan menurun secara perlahan-lahan. Apabila nafas dan denyutan jantung menjadi lambat, tekanan darah menurun. Seterusnya menyebabkan jantung kita tak dapat berfungsi dan pernafasan kita menjadi lemah.

Sekarang dah tahu, so memang tak nak buat dah lah. Sebab sebelum nie macam seronok je tidur sambil menghadap kipas. Rupa-rupa badan menjadi sejuk dan menyebabkan fungsi tubuh kita terjejas.

Sumber
Olimpik 2012


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Dapat 5 hengget bila sign up

Assalamualaikum

Raihan nak share something yang baru dengan korang. Korang boleh try sign up kalau tak percaya. Hehe. Bila korang sign up je, korang dah dpt 5 hengget. Banyak tuh. Sistem nie sama sebiji macam says.com. Hanya perlu share melalui facebook dan twitter.

Dengan blog ia menjadi satu kelebihan. Caranya ialah tekan link nie - Daftar sini
Lepas tuh sign up sama ada guna facebook atau twitter.


Canon free. Get from here




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Nak chef jadi suami

Assalamualaikum
Begini lah rupa bila dah lama tak ke dapur. http://matcuoi.com  Lauk pon tak serupa lauk. Warna hitam yang menawan. Haiya,,kena rajin memasak lah lepas nie. Kaum adam pon lebih pandai memasak, malu kita kaum hawa. Lepas nie kena sign up kelas memasak kat Kolej Komuniti Selayang lah.
http://matcuoi.com

Boleh tak, nak demand my future husband seorang chef? Haha. Nanti boleh dia masak sedap-sedap untuk raihan. Bulan puasa nie pon tolong umi masak sikit-sikit je. Semalam buat cucur badak tapi jadi bom atom. Haha. Sebab besar sangat. 




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Kos hilang jerawat pada wajah

Assalamualaikum

Masalah remaja yang selalu ditakuti oleh kaum Hawa. Tetapi masalah ini bukan sahaja berlaku pada kaum Hawa sahaja tau. Kaum Adam juga mesti ada yang mengalami masalah nie. Normal things.Tapi tahu tak yang masalah nie boleh menyebabkan kita kehilangan keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Raihan pon tak lari dari masalah nie. Haihh. Hanya mampu berserah dan menunggu masa untuk jerawat nie hilang dari wajah.

Banyak dah rawatan yang raihan buat untuk atasi masalah nie. Berbalik pada rawatan tradisional dan pelbagai petua orang tua-tua diamalkan. Tapi tidak mendatang kan hasil. Kulit muka yang berminyak melampau menyebabkan pertumbuhan jerawat di kulit muka.Rawatan yang menggunakan bahan tradisional seperti kulit kayu manis, asam jawa, dan sebagainya telah dicuba. Tetapi gagal. Kini beralih pula pada rawatan secara modern iaitu menggunakan ubat-ubatan klinik.

Pertama : Elthrocin
Sejenis antibiotik yang dibekalkan oleh doktor. Raihan ambil dua biji sehari, macam nak tercekik telan ubat gaint nie.


Kedua : Cetaphil Oily Skin Cleanser
Pencuci muka untuk kulit berminyak. Cadangan yang diberikan oleh doktor. Cuci muka dua kali sehari. Tak boleh lebih sebab nanti muka jadi kering.


Ketiga : Acne Solution
Ubat titis yang dicadangkan oleh farmasis. Titiskan pada jerawat dua kali sehari. Boleh hilangkan parut juga.



Kesemua cara diatas masih dalam pemulihan. Raihan pon tak jamin sama ada berkesan atau tidak untuk atasi masalah nie. Alhamdulillah setakat nie hasilnya memuaskan. Tapi jangan lupa ya. Segala penyakit itu datangnya dari Allah. Dan setiap penyakit itu mempunyai penawar kecuali mati. Selagi ada daya, kita usahakan cara untuk atasi.





Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

10 TANDA HATI MATI

10 TANDA HATI MATI ADALAH :


1. Kita mengaku kenal dan cinta Allah, tapi tidak menunaikan hak Nya

2. Kita mengaku cinta Rasulullah tetapi mengabaikan sunnahNya

3. Kita membaca Al Qur’an tapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya

4. Kita memakan nikmat Allah, tapi tidak mensyukuri pemberianNya

5. Kita mengaku musuh syaitan, tetapi mengikutinya

6. Kita mengakui nikmat Syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya

7. Kita mengaku adanya siksa Neraka, tetapi tidak berusaha menjauhinya

8. Kita mengakui bahawa kematian akan datang pada setiap jiwa, tetapi tidak berusaha mempersiapkan bekalnya

9. Kita sibuk membuka aib orang lain, tapi tidak pernah ingat akan aib diri

10. Kita menghantar dan menguburkan jenazah tetapi tidak mengambil hikmah darinya.


Sumber : Penpatah

Kadang kala kita tak perasan yang kita menghampiri sesuatu keburukan. Dan apabila orang lain menegur perbuatan tersebut, kita melenting marah. Hati kita menjadi semakin hitam dan tidak boleh menerima kebaikan.

Na’audzubillah minn dzalikSubhaanakalloohumma wa bihamdika, asyhadu allaa ilaaha illaa anta, astaghfiruka wa atuubu ilaik.. 

Semoga kita sentiasa merubah diri ke arah kebaikan. Dan mengharapkan kebaikan itu sentiasa datang agar kita dapat balik ke pangkal jalan apabila tergelincir.

Santai : Undi gaya hijab pilihan anda




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Segmen : Saya dan Blog

Assalamualaikum

Nak join, klik banner yep.
Selamat berpuasa esok. ^^

Dah follow blog nie, bg tahu kat sini. Nanti raihan follow balik lepas balik dari kampung yep.






Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Tiga Ramadhan, Ini yang teristimewa

Assalamualaikum

Esok dah puasa. Dikesempatan ini, raihan nak ucapkan selamat berpuasa buat semua umat islam. Semoga ramadhan kali nie memberi makna yang lebih dalam hidup kita. Ini ramadhan kali pertama yang raihan sambut setelah tiga tahun tinggal dan berpuasa dirantau orang. Terharunya kerana diberi kesempatan nie. Alhamdulillah kepada ALLAH kerana raihan masih berkesempatan menyambut ramadhan disamping keluarga yang dikasihi.

Lepas sahur esok, insyaALLAH raihan sekeluarga akan pulang ke kampung halaman di Teluk Intan, Perak untuk berbuka puasa bersama nenda yang disayangi. Harap semua akan berjalan dengan lancar dan dijauhkan dari segala kecelakaan. Amin Ya Rabb.



Undi gaya hijab terkini :






Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Muzik buat kita berbelanja lebih

Assalamualaikum

Nak share dengan korang tentang apa yang raihan dapat. Nanti kalau korang pergi ke pasaraya, cuba perhatikan betul tak teori nie. Ini hanya mengikut kajian dan tak semestinya betul. Sebabnya kalau kita sendiri dapat mengawal nafsu, tak kisahlah ada muzik atau tak kan. Iya tak?
Kalau waktu biasa seperti waktu bekerja, pasaraya akan pasang lagu berentak sentimental atau slow. Nanti korang akan berasa lebih peka terhadap sesuatu barang. Sempat juga membandingkan harga. Dan juga mungkin akan tersinggah ke lorong yang korang plan tak nak singgah. Lagi lama dekat situ, lagi banyak yang korang akan terbeli.

Kalau waktu kemuncak, cuti umum atau lepas waktu bekerja, lagu rancak akan dipasang. Lagu tersebut akan mempengaruhi korang menolak troli lebih cepat dan hanya menumpukan barangan yang ingin dibeli sahaja. Jadi, kadar keluar masuk pelanggan akan menjadi cepat.

Nampak tak? Bagaimana psikologi digunakan untuk mengaut keuntungan. Dalam dua situasi nie, peniagaan tetap akan untung. Jadi, masa korang nak membeli barang nanti amati lagu-lagu yang dipasang dan tetapkan pendirian korang.

Selamat membeli~

Eh lupa plak nak promote. Korang dah like header raihan? Raihan masuk kontest. Klik banner yang gerak-gerak kat bawah nie. Klik like yep. Terima kasih.





Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Try my luck

Assalamualaikum

Raihan nak cuba nasib walaupun tahu hakikatnya yang memang tak kan menang.Terlebih rajin nak join. Eh apa kata korang join sekali. KLIK FB NIE. Caranya mudah. Mula2 korang download template yg dia bagi. Lepas tuh edit lah ikut kreativiti korang. Bertemakan LOVE. Hantar edited template ke email nie :
cutoutcomp@gmail.com


   
Hah, yang atas tuh raihan buat sendiri. Agak2 boleh challenge ke design yang lain. Hehe. Gelakkan diri sendiri. Owh ya, korang tolong like header raihan nie. Klik banner bawah nie, lepas tuh klik like. Sekali cukuplah. Terima kasih ya.





Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Diskriminasi Nasi

Assalamualaikum
Hari-hari masak nasi. Sometimes ada lebih kan. Sebab adik-adik tak makan nasi sangat.  
   Jadi wujudlah  diskriminasi nasi. Haha.


Bila ada nasi yang baru masak, kami adik-beradik mesti akan makan nasi yang baru tuh je.

Lepas tuh umi akan suruh makan nasi semalam yang telah dipanaskan tuh jugak. 
Jangan membazir.

Maka, kami perlu mengambil separuh nasi semalam dan nasi hari nie ke dalam pinggan.


Oleh itu, hilanglah keangkuhan nasi hari nie. Haha.

Eh korang dah like belum header raihan kat sini, tekanlah banner bawah nie ye. Klik  
like. Thank a lot.





Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Copyright @ NURAIHAN AB HAMID. Credit Image to Google
Faded Red Hand Blue Bow Heart Fruity Strawberry Heart