Memaparkan catatan dengan label animated banner. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label animated banner. Papar semua catatan

Dapat banner dari Lily

Assalamualaikum..

Pejam celik dah hari Sabtu. Cepatnya masa meninggalkan kita. Kali nie tak ada idea serious nak kongsi cuma entry khas untuk Lily. Time blogwalking singgah blog dia, bertuahnya raihan sebab dapat jadi follower ke-100 blog Lily.

Lily datang menjengah dan bertanya nak hadiah apa? So raihan minta lah buatkan banner utk blog raihan. Banyak kali juga usaha lily nak bagi kat raihan tak dapat. Macam2 hal. Link broken lah. But at last, dapat jugak akhirnya.

Tada!! Cantik tak? Siap ada doodle lagi. Terima kasih tau lily. Akak raihan suka sangat2. Nanti akak letak kat sidebar.

Korang nak kenal Lily tak? Jom kita singgah blog dia. FLY HERE. Jangan lupa follow dia tau. Blog dia comel. Simple dan cepat loading.




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Terima Kasih Cikgu!!

Assalamualaikum.


Selamat Hari Pendidik utk semua pendidik di Malaysia. Kenapa sebut pendidik? Sebabnya saja nak bagi lebih umum. Golongan pendidik nie ada pelbagai gelaran iaitu guru, cikgu, pensyarah dan seumpama dengannya. Jadi tak salah kan kalau sebut Hari Pendidik. Hehe.

Beralih pula kepada perkara seterusnya. Tiap-tiap tahun tanggal 16 Mei akan diraikan sempena memperingati jasa guru. Selepas search kat google, rupa-rupanya banyak negara yang menyambut Hari Guru tapi berbeza tarikhnya. Kalau di China pada 10 September,  Korea Selatan pula 15 Mei, manakala Thailand pula pada 16 Januari. Ada yang telah menyambutnya dan ada juga yang lambat menyambutnya. Setiap tahun Hari Guru di Malaysia akan diberi satu tema oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 

TEMA 2012 :

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

LAGU TEMA :
Kita berbicara tentang inovasi

Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta
Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan
ulang c/o x2


Dikesempatan ini nak ucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang telah mencurahkan ilmu dan pengetahuan kepada saya dari sekolah rendah dan sekolah menengah. Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah di kampus Uitm Arau yang telah mengajar saya sepanjang pengajian diploma saya disana. Jasa kalian memang tak akan dilupakan. Harap kalian menghalalkan ilmu dan tunjuk ajar yang telah diberi dan semoga kalian dimurahkan rezeki.


Khas buat guru-guru di Malaysia. Hasil tulisan tangan saya. 
#maaf tak cantik.

Sumber : Lagu tema




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Copyright @ NURAIHAN AB HAMID. Credit Image to Google
Faded Red Hand Blue Bow Heart Fruity Strawberry Heart