Memaparkan catatan dengan label cara berucap di khalayak ramai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cara berucap di khalayak ramai. Papar semua catatan

9 Perkara penting ketika bercakap

Assalamualaikum.

Hai guys. Kali nie nak share tentang cara nak bercakap di khalayak ramai. Masa zaman sekolah dulu raihan aktif dengan aktiviti-aktiviti yang seumpama ini. Zaman sekolah rendah, raihan masuk acara berbalas pantun. Walaupun tak pernah menang tapi ada juga pengalaman. Waktu tingkatan satu sehingga tingkatan tiga pula aktif  dalam acara syarahan. Kadang-kadang asyik bersyarah je depan orang. Cakap dengan kawan-kawan pun dah macam bersyarah. Dah terlalu biasa bercakap dengan cara seperti itu, nak buat macam mana. Waktu tingkatan tiga pernah sekali masuk acara berbalas pantun. Menang tempat pertama tau.
Alhamdulillah. 

Kemudian waktu tingkatan empat, aktif dengan acara debat Bahasa Melayu ala Parlimen. Rasanya dalam banyak acara bercakap nie, debatlah yang paling susah. Sebab kita akan memberi hujah berdasarkan hujah pesaing kita, otak kena berfikiran cerdas dan cergas. Kalau tidak terkial-kial nak jawab dan bidas hujah tuh. Tak ingat pula berapa kali menang dan beberapa kali kalah. Maklumlah tak sehebat mana. Tapi sebab nak kumpul pengalaman, join juga lah. Finally waktu tingkatan lima, busy pula dengan acara pidato Piala Perdana Menteri. Pidato nie lebih kurang macam syarahan tapi lebih lembut sikit nadanya. Tapi sebab dah tercebur kan diri dalam debat, time berpidato agak terikut sikit nada debat. Haihh. Debat nie memang memberi kesan mendalam dalam hidup. Tidak dinafikan memang akan gemuruh bila nak bercakap depan khalayak ramai tapi ada jalan penyelesaiannya.


Antaranya :

1. Pastikan anda tahu apa yang perlu anda ketahui.
2. Kena banyak berlatih depan cermin.
3. Bercakap dengan nada yang kuat dan jelas. #bukan menjerit ye.
4. Eye-contact dengan pendengar. Jangan terlalu memandang mata penonton.
5. Pastikan para pendengar boleh faham dengan isi kandungan percakapan anda.
6. Jaga pernafasan ketika berucap.
7. Elakkan berhenti ketika berucap. Akan mengundang keterlupaan.
8. Jangan bercakap terlalu laju atau terlalu perlahan.
9. Cuba berinteraksi dengan pendengar.

p/s: Tips di atas boleh juga diamalkan ketika nak buat presentation dalam kelas atau kuliah. 




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Copyright @ NURAIHAN AB HAMID. Credit Image to Google
Faded Red Hand Blue Bow Heart Fruity Strawberry Heart