Memaparkan catatan dengan label 100 years with nestle. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 100 years with nestle. Papar semua catatan

Lunch dengan Maggie

Assalamualaikum

Lunch kejap lagi nak buat maggie sebab malas. Hewhew. Maggie nie yang paling rajin nak buat tau. My parents tak ada di rumah, jadi melahap dengan maggie pon dah kenyang. Jom buat maggie sama-sama.


Dulu masa di rantauan, maggie lah peneman setia time nak sahur. Miss that moments... >.<
Ada yang tak makan mee segera? Boleh kongsi tak dekat sini. 




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Join Contest Lagi

Assalamualaikum


Klik utk maklumat lanjut :


Before nie raihan join Contest Nestle 100years dan A Thousand Years with Christina Perri and Celcom. Contest Nestle belum tamat lagi. Tapi Nestle dah tayang cerita raihan kat website dia. Contest Christina Perri pula, raihan menang tiket konsert dia yang berlangsung 7 June 2012. Tapi raihan tak dapat pergi. Kali nie nak join contest baru pula. Hope lebih bertuah lah. Korang nak join sekali tak? Contest M&M






Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Ceritaku di Nestle

Assalamualaikum..

Tadi dapat email dari pihak Nestle, cerita yang raihan hantar dulu telah pon diluluskan. Korang dah join? Senang je nak join. Tulis pon tak kurang 100 words sahaja. Ingat tak entry My Nestle Incredible Story? Kat situ ada link Nestle. Masih sempat kalau nak join. Tamat bulan November 2012 kalau tak silap.




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

My Nestle Incredible Story

Assalamualaikum..Hi there!

Milo the Best

Bila sebut tentang Nestle mesti akan teringat milo sebab banyak kenangan manis. Zaman sekolah rendah lah paling seronok bila truck Milo datang ke sekolah sebab boleh dapat minuman FREE. Cikgu akan suruh beratur mengikut kelas dan mengagihkan satu cawan untuk setiap orang. Muka memang bahagia sangat sebab milo dari truck tuh percuma dan boleh keluar kelas untuk seketika. Dari darjah satu mengharap sangat cawan Milo boleh dapat yang besar. Akan tetapi sampai penghujung darjah enam, cawan Milo tak juga besar-besar. Haha.

Bila masuk zaman sekolah menengah, milo memang jadi pilihan bila beli kat kantin sekolah. Biasanya beli time dah habis waktu persekolahan atau sementara menunggu nak ke aktiviti kokurikulum. Dulu jadi pengawas sekolah dan agak nakal juga. Bila nak beli air, mesti order kat sebelah tingkap kantin yang terletak betul-betul depan meja pembancuh air.

"Pakcik!! Air macam biasa tau"
"Okay siap"

Lebih kurang macam tu lah dialognya. Sebagai anak kepada salah seorang guru di sekolah tersebut, boleh tumpang femes my mom. Sampai pak cik kantin pun boleh kenal. Haha. Kadang-kadang bila teringat balik zaman dulu boleh gelak sendiri pun ada.

Bila masuk zaman universiti pula lain pula celotehnya. Masuk semester baru mesti beli bekalan siap-siap. Travel dari Rawang, Selangor ke Arau, Perlis memang makan masa yang lama. Jadi segala keperluan dibeli di Arau sahaja. Sesampainya disana, minta kawan temankan pergi membeli belah. Pasaraya paling besar di Arau hanyalah C-Mart. So disitu lah selalunya memborong keperluan seharian. Perkara wajib beli ialah Milo 3 in 1 dan Milo sejuk. Hidup kat hostel sibuk jadi pilihan Milo 3 in 1 dibancuh ketika tidak sibuk dan saat inginkan minuman panas. Manakala pilihan Milo sejuk dibancuh ketika tak sempat masak air dan saat inginkan minum sejuk-sejuk. 

Wajib ada.

Bila time study wajib dan akan turun bilik Huda ditingkat bawah. Kadang-kadang kalau tak study pun nak turun juga sebab nak buat 'milo goncang'. Itu adalah nama yang kami berikan. Huda ada botol yang berpenutup, roomate Huda iaitu Fatimah selalu merajinkan diri membeli ais di dining hostel. Kami akan bancuh milo dengan ais dan goncangnya sehingga sebati. Lepas tu MINUM!!! Muka happy je masing-masing. Milo goncang nie hanya dibuat dibilik Huda semata-mata sebab apa tak tahu juga. Mungkin kerana suasana happening kat bilik tu.

Kalau kat rumah pula, paling hebat yang boleh bancuh Milo satu jug besar ialah Kak Chik. Bila dia bancuh rasanya sebiji macam Milo kotak. Pekat dan ada uhmm. Paling best dan sedap kalau ada ais. Tapi sejak ayah mengidap penyakit kencing manis. Umi melarang sama sekali membancuh Milo dengan gula ataupun susu pekat. Tapi itu tak membantutkan kesedapan Milo tau. Kalau nak tahu minum Milo tanpa gula juga sangat sedap. Kepekatan coklatnya terasa di lidah.

Tiap-tiap minggu pasti umi akan belikan sekotak bijirin yang paling besar utk sarapan. Tapi sebab terlalu suka akannya. Kami adik beradik memakannya ketika menonton tv atau ketika ingin mengunyah. Dalam banyak produk bijirin dari Nestle yang menjadi favourite kami adalah bijirin Milo. Tak tahu juga mengapa. Maybe sebab suka kan milo lebih dari segalanya. Panjang lagi entry nie kalau nak cerita semua. Huhu.

Snek ringan kami adik beradik!!

Pilihan tersedap !!
Sarapan yang efektif.

p/s : hantar kan cerita dan pengalaman korang tentang nestle di link [SINI]


Bukti penyertaan. Anda bila lagi?

100 years with Nestle.



Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Copyright @ NURAIHAN AB HAMID. Credit Image to Google
Faded Red Hand Blue Bow Heart Fruity Strawberry Heart