My Nestle Incredible Story

Assalamualaikum..Hi there!

Milo the Best

Bila sebut tentang Nestle mesti akan teringat milo sebab banyak kenangan manis. Zaman sekolah rendah lah paling seronok bila truck Milo datang ke sekolah sebab boleh dapat minuman FREE. Cikgu akan suruh beratur mengikut kelas dan mengagihkan satu cawan untuk setiap orang. Muka memang bahagia sangat sebab milo dari truck tuh percuma dan boleh keluar kelas untuk seketika. Dari darjah satu mengharap sangat cawan Milo boleh dapat yang besar. Akan tetapi sampai penghujung darjah enam, cawan Milo tak juga besar-besar. Haha.

Bila masuk zaman sekolah menengah, milo memang jadi pilihan bila beli kat kantin sekolah. Biasanya beli time dah habis waktu persekolahan atau sementara menunggu nak ke aktiviti kokurikulum. Dulu jadi pengawas sekolah dan agak nakal juga. Bila nak beli air, mesti order kat sebelah tingkap kantin yang terletak betul-betul depan meja pembancuh air.

"Pakcik!! Air macam biasa tau"
"Okay siap"

Lebih kurang macam tu lah dialognya. Sebagai anak kepada salah seorang guru di sekolah tersebut, boleh tumpang femes my mom. Sampai pak cik kantin pun boleh kenal. Haha. Kadang-kadang bila teringat balik zaman dulu boleh gelak sendiri pun ada.

Bila masuk zaman universiti pula lain pula celotehnya. Masuk semester baru mesti beli bekalan siap-siap. Travel dari Rawang, Selangor ke Arau, Perlis memang makan masa yang lama. Jadi segala keperluan dibeli di Arau sahaja. Sesampainya disana, minta kawan temankan pergi membeli belah. Pasaraya paling besar di Arau hanyalah C-Mart. So disitu lah selalunya memborong keperluan seharian. Perkara wajib beli ialah Milo 3 in 1 dan Milo sejuk. Hidup kat hostel sibuk jadi pilihan Milo 3 in 1 dibancuh ketika tidak sibuk dan saat inginkan minuman panas. Manakala pilihan Milo sejuk dibancuh ketika tak sempat masak air dan saat inginkan minum sejuk-sejuk. 

Wajib ada.

Bila time study wajib dan akan turun bilik Huda ditingkat bawah. Kadang-kadang kalau tak study pun nak turun juga sebab nak buat 'milo goncang'. Itu adalah nama yang kami berikan. Huda ada botol yang berpenutup, roomate Huda iaitu Fatimah selalu merajinkan diri membeli ais di dining hostel. Kami akan bancuh milo dengan ais dan goncangnya sehingga sebati. Lepas tu MINUM!!! Muka happy je masing-masing. Milo goncang nie hanya dibuat dibilik Huda semata-mata sebab apa tak tahu juga. Mungkin kerana suasana happening kat bilik tu.

Kalau kat rumah pula, paling hebat yang boleh bancuh Milo satu jug besar ialah Kak Chik. Bila dia bancuh rasanya sebiji macam Milo kotak. Pekat dan ada uhmm. Paling best dan sedap kalau ada ais. Tapi sejak ayah mengidap penyakit kencing manis. Umi melarang sama sekali membancuh Milo dengan gula ataupun susu pekat. Tapi itu tak membantutkan kesedapan Milo tau. Kalau nak tahu minum Milo tanpa gula juga sangat sedap. Kepekatan coklatnya terasa di lidah.

Tiap-tiap minggu pasti umi akan belikan sekotak bijirin yang paling besar utk sarapan. Tapi sebab terlalu suka akannya. Kami adik beradik memakannya ketika menonton tv atau ketika ingin mengunyah. Dalam banyak produk bijirin dari Nestle yang menjadi favourite kami adalah bijirin Milo. Tak tahu juga mengapa. Maybe sebab suka kan milo lebih dari segalanya. Panjang lagi entry nie kalau nak cerita semua. Huhu.

Snek ringan kami adik beradik!!

Pilihan tersedap !!
Sarapan yang efektif.

p/s : hantar kan cerita dan pengalaman korang tentang nestle di link [SINI]


Bukti penyertaan. Anda bila lagi?

100 years with Nestle.



Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

11 budak mengomel:

Unknown berkata...

Semoga brjaya.. Sya xde idea nk tulis apa. huhu.. :(

Raudhah berkata...

saya memang sangat sukakan milo !!! :D
btw, done following u !

Nadiah berkata...

dari segment bw zamani 84...sorry lmbt..dah follow awak...thanks...

Unknown berkata...

Hehehe , join? heeee macam tkde idea je hehe benda ni smpai bila ye ? kalau nia punya cerita, pasal nescafe . XD hehe

Sharinginfoz berkata...

teringat ngan milo masa zaman sekolah dulu

Hanif berkata...

Peminat milo ...aku lak peminat nescafe!!satu hari tak minum ..tak sah!!

Support me by daily voting me for blogger of the year

Rayha Rozi berkata...

salam,nak tnya eh..nape akak cakap kt uitm arau kene bawa payung selalo eh??nak tahu nie??
n klau boleh gtw la lg info2 ttg uitm arau

Unknown berkata...

nice entry! jum join & menang rm200..
http://alynnnyzaa.blogspot.com/2012/05/contest-rm-200-bersama-wwwcareeron9com.html

Unknown berkata...

camelah ngan titew....huhuhuhuh hantu milo...

Maqnie berkata...

peminat MILO ke? hehe maqnie member dear nestle tu..selalu nestle anta risalah pasal produk baru. milo mmg best pon..
semuga suksess selalu bersama MILO anda!
:)

cik violet berkata...

suka milo jugak..tegar! hehe. ape pon mesti carik air milo.

Copyright @ NURAIHAN AB HAMID. Credit Image to Google
Faded Red Hand Blue Bow Heart Fruity Strawberry Heart