Aku minat dia sangat-sangat

Assalamualaikum..

Iklan menjerit di kaca televisyen dan di lorong-lorong internet. Jom ke konsert kenangan Sudirman. Haish,,ini yang tak boleh tahan nie. Kalau lah ada orang nak bawa pergi ke sana, aku sayang setengah mati kat hang. Bukan apa sebab memang minat sangat-sangat lagu allahyarham, berbanding dengan lagu lain yang ada di masa kini atau masa 80-an, 90-an. Tak tahu lah kenapa minat tapi yang peliknya tak pernah hafal pon lirik-lirik lagunya. Sebab memang tak suka muzik sangat. Tapi hairan sebab boleh minat lagu dia. Hehe. Mungkin sebab aura suara dia kot.


Butiran :


Masa : 9 malam
Tarikh : 3 Jun 2012
Tempat : Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur


Antara yang hadir :

Lepas tuh nak ajak korang tengok Filem Hoore! Hoore! Filem muzikal yang menampilkan lagu-lagu popular Allahyarham Dato Sudirman Haji Arshad. Antara lagu yang dipilih adalah Bercanda Dipasiran Pantai, Basikal Tua, Hidup sederhana, Hoore! Hoore!, Salam Terakhir, Kasih, Milik Siapa Gadis Ini, Merisik Khabar, One Thousand Million Smiles, Anak Gembala, Terasing dan Balik Kampung serta lagu baru khas untuk filem ini, IDOLA nyanyian Azlan & Typewriter. 

Filem Hoore Hoore membariskan pelakon seperti Akim Ahmad, Kilafairy, Harun Salim Bachik, Fauziah Nawi, Adibah Noor dan Sahronizam Noor. Di samping itu, filem ini juga membariskan ramai muka baru seperti Nurfarah Nazirah, Shahila Shariff, Shana Razman, Afi Yamin, Syafiqah Md. Jemey, Mohamad Nabil dan Mohd Faiz. Turut membuat penampilan istimewa di dalam file ini adalah Aznil Hj. Nawawi.

So, apa lagi tunggu? Jom kita tengok filem nie. Kepada yang tak minat lagu-lagu Allahyarham pon kena tengok. Ini satu paksaan! Haha~

Ketahui lebih lanjut - Konsert Kenangan Sudirman
Ketahui lebih lanjut - Contest by RHB Bank

Sumber : Astro | Rotikaya



Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

3 budak mengomel:

diari farisha berkata...

sy tag awk utk segmen ni http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2012/05/3rd-giveaway-syafiqah-hashim.html

Unknown berkata...

jom kita horey2 ramai2 di pawagam.....

rAIHan berkata...

@Remy hazza peminat allahyarham sudirman jom serbu panggung..hehe~

Copyright @ NURAIHAN AB HAMID. Credit Image to Google
Faded Red Hand Blue Bow Heart Fruity Strawberry Heart