Sekarang nie batch94 tengah busy pasal kemasukan ke universiti nie kan. Sepanjang seharian blogwalking ke blog-blog korang yang comel tuh. Ramai juga yang post pasal bakal masuk u. Tahniah diucapkan dan semoga maju jaya. Dan rata-rata yang raihan jumpa ramai yang bakal menjadi siswa siswi UiTM. Ada juga beberapa bloggers yang bakal melanjutkan pelajaran ke UiTM Perlis. Dengan panggilan femes UiTM Arau. I'm wonder kenapa orang tak panggil UiTM Perlis? Haha. Sampai ke penghujungnya tak jumpa sebabnya. Okey sekarang raihan nak cerita serba sedikit makluman tentang uitm. Lebih banyak tentang suasana UiTM Perlis lah sebab raihan ex-UiTM Perlis.
Rumah RS *pegawai macam warden asrama
Koridor kolej siswi. Dahlia I
Pejabat Kolej Siswi
First day, korang akan register pada hari yang telah ditetapkan. Lazimnya student baru akan diregisterkan seminggu lebih awal dari student lama. Which means korang lagi awal lah kan. Sepanjang seminggu tuh korang akan melalui sesi orentasi. Kalau zaman raihan dulu dipanggil Minggu Mesra Siswa, sekarang tak ingat pula. Sebab tak pernah jadi fasilitator. Nanti femes pula di kalangan junior. * gurau jep. Kami di UiTM memanggil semester as part. Which means kalau semester satu a.k.a part one. Dan seterusnya. Biasanya part one akan ditempatkan di hostel yang diberi nama Dahlia I dan Dahlia II (student Arau sahaja). Yang lelaki tak berapa pasti. Maaf yep.
After one week, student baru akan masuk ke kampus. Kami as senior boleh cam korang as student baru. Nak tahu kenapa? Sebab student baru nie ada beberapa simptom. Pertama, korang akan berjalan dalam group ketika berada dalam kampus. Paling sikit pon berempat. Kedua, korang akan berjalan sambil tengok signboard. Sebab korang nak cari kelas dan bangunan. Ketiga, korang tak pakai kad matrik dan kalau ada pun sedikit berbeza dengan kami. Kadang-kadang ada yang datang bertanya kepada kami. Tapi nak pesan satu hal, kalau korang nak tanya tuh biarlah bersopan yep.
Paling penting dalam sistem UiTM ialah korang perlu alert dengan notice board. (terutama kampus Arau). Sebab kadang-kadang MPP ada bagi surat pekeliling, korang terpinga-pinga tak tahu. MPP tuh Majlis Perwakilan Pelajar. Semua sistem dalam UiTM adalah online. Korang mesti mahir bab nie kan. Proses peminjaman buku di library, print slip examination, print soalan past year dan seumpama dengannya. Tapi ada juga yang boleh dibuat secara manual dan online. Tak kesah lah mana-mana asalkan korang rajin tanya.
Makluman khas buat bakal student UiTM kampus Arau. Di sana tak ada Mcd, shopping complex yang grand, Starbucks dan lain-lain. Arau cuma ada C-Mart yang paling besar dan grand. Kalau kat kangar ada The Store, KFC, Stesen Bas Ekspress, Secret Recipe dan Stadium Kangar. Cuaca kat sana panas dan hujan tidak menentu. Biasanya majoriti student terutama yang perempuan akan bawa payung pergi ke kelas. Kalau nak tahu kampus Arau besar tapi tidak lah sebesar Shah Alam yang pastinya.
p/s : Ada yang dapat Diploma in Industrial Chemistry? I'm your senior.
9 budak mengomel:
hahaha... gary study kat UniMAP... baru first year... huhu... tak jauh pun dengan uitm arau tuh... hihihi...
huhu ,walaupun sy bukan uitm ,,tp sy tetap nak baca entry ni :D sy bwu lepas stpm :)
hye hye..tajuk sis buat nas tertarik sgt nak baca.. :) even nas tak dpt uitm arau pun,,kwn rmai jugak dpt sna..nti bleh share :)
tahniah raihan..awak menang
http://cikyayastory.blogspot.com/2012/05/pemenang-bagi-contest-aku-adalah.html
yien dari uitm melaka...and pernah datang uitm arau...bsar and cantik...siez ly...
proud to be uitm-er... :)
amboi promote DiC! :P
hehe..promote uitm sekali..mne tau kot ade pulak jdi junior kita. haha~
wauu. uitm arau rupenya. course ape dulu, raihan? haha dini dulu unimap kat kuala perlis. bru je habis diploma.
@NUR MAIZATUN ATMADINI HUSAINI : raihan course dip in industrial chemistry..pon baru abis..hehe..kita sebaya ke?
Catat Ulasan