Tips : Cara Tulis Resume

Assalamualaikum..hai peeps..



Penulisan resume untuk memohon pekerjaan sangat penting. Setiap apa yang ditulis dan gaya penulisan akan memainkan peranan. Huruf-huruf yang bakal menari-nari di mata bakal majikan kita pon akan memainkan watak dalam babak bila kita nak apply kerja nie.

Pastikan resume yang ditulis ringkas dan padat, terdapat majikan tak suka baca yang meleret-leret.

Perkara yang wajib ada :

1. Pengenalan diri.

Gambar yang digunakan mesti berukuran pasport. Jangan lah letak gambar korang pose sana, pose sini.
Letak kat fb sudah.

Alamat email wajib proper, sebagus-bagusnya guna nama penuh :

husni_abubakar@yahoo.com 


JANGAN SESEKALI guna alamat email seperti nie :

cutegirls_barbie@yahoo.com

Nampak sangat TIDAK MATANG disitu. Okeh.

2. Kronologi 

Susun atur resume kena lah kemas. Letak result korang yang flying with colours tuh ikut tahun hingga yang terkini.
Mula dengan sekolah menengah saja. Tadika & sekolah rendah tak usah masukkan.

Nyatakan kebolehan dan kemampuan yang korang boleh buat. JANGAN TIPU..nnt bila dapat kerja kantoi lah kalau korang memang sah sah tak reti buat.

p/s : Pic dari En.Google. Credit pada yang melukis.

Good Luck!!






Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

0 budak mengomel:

Copyright @ NURAIHAN AB HAMID. Credit Image to Google
Faded Red Hand Blue Bow Heart Fruity Strawberry Heart