Tips : Mencuri

Assalamualaikum.

Hah? Mencuri pon ada tips juga ke? Mesti terfikir macam tuh kan.

Kali nie bukan nak bagi tahu tentang tips untuk mencuri tapi sebenarnya nak cerita tentang hukum 
men'CURI'.

Curi adalah satu perbuatan yang tidak bermoral di mana seseorang itu mengambil sesuatu yang bukan haknya.
Kini, perbuatan curi ini menjadi berleluasa terutamanya dalam sesetangah hal.

Tahu tak mencuri dalam Islam dikenakan hukuman potong tangan? Malaysia pernah didesas desuskan tentang mahu menjalankan hukum hudud.

Mereka yang cetek ilmu pasti akan mengatakan bahawa hukum hudud tak boleh dilaksanakan di Malaysia.
Mari ketahui bagaimana mereka berfikir?

Golongan ini mengatakan Malaysia adalah negara yang majmuk. Tak adil lah kalau orang Islam saja yang kena potong tangan kalau mencuri.

Sedangkan mereka tak tahu bahawa hukum potong tangan nie hanya akan di laksanakan jika menepati syarat-syarat syarak.

Jom kita tengok video Filem Pendek : Hukum Hudud.
Moga-moga kita akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan.




Tapi kita tak boleh memendekkan akal fikiran dengan menumpukan kes curi nie dengan harta benda semata-mata.
Sekarang nie wujud kes curi intelek iaitu PLAGIAT.

Tahu tak apa itu PLAGIAT?
Dalam universiti pon kita asyik diberi amaran keras tentang perkara nie.

PLAGIAT ialah perbuatan meniru bulat-bulat hasil kerja dan idea orang lain tanpa dikreditkan kepada yang berhak.
Perbuatan nie boleh menyebabkan kita dibuang dari universiti ataupun menggagalkan kita dalam peperiksaan.

Sesekali tidak boleh mengambil idea orang lain tapi lain ceritanya jika dibenarkan oleh empunya milik.
Dalam kalangan bloggers sendiri, tidak suka jika idea, dan gambar mereka ditiru bukan?

So, kita kena respect others.





Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

0 budak mengomel:

Copyright @ NURAIHAN AB HAMID. Credit Image to Google
Faded Red Hand Blue Bow Heart Fruity Strawberry Heart