Sunan Musafir - Travelog terakhir

Assalamualaikum..


Hajat dihati mahu cari buku nie masa pesta buku hari tuh. Tapi masa pestu buku hanya jual edisi terhad (hardcover) sahaja. So tak beli lah sebab tak nak hardcover, dah nampak macam kamus dewan. Hehe. *kena sabotaj lah lepas nie. Sekarang baru nampak announcement kat page RAM yang buku softcover dah mula dijual di pasaran. Tak sabar nak pergi beli, nak lengkapkan koleksi cerita nie. Travelog dari kurun ke-15 dan abad ke-21. Hebat imaginasi novelis, Ramlee Awang Murshid nie kan? Awesome gitu.

Sinopsis :

Allah menciptakan cinta, justeru cinta perlu dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas dari belenggu cinta.
Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin serta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.
Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, adakah benar Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?
Pada tahun 1531 – Saifudin yang telah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi harituanya dengan menghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa.Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?
RAMLEE AWANG MURSHID dalam karya terkini, SUNAN MUSAFIR, lebih banyak bermain dengan ‘ruang dan waktu’. Lebih menitiberatkan ‘cinta dan air mata’. Mengutamakan ‘perjuangan dan kesabaran’. Yakinilah…pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, ALLAH itu mencukupi segala-galanya.
Jom singgah Blog RAM dan like Page RAM





Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

6 budak mengomel:

aaaa berkata...

Tak sabar nak beli Sunan Musafir. Somehow sedih sebab lepas ni tak ada dah Sunan.

syafiqa berkata...

ramlee awang murshid
sentiasa hebat

Unknown berkata...

hehe ramlee awang mursid mmg hebat kann, imaginasi dia, fuhhh. suka mikhail dgn set tombiruo. heee

rAIHan berkata...

@Nurain Ali aah lah. sedih lah pulak..

rAIHan berkata...

@syafiqakarim He is awesome!! raihan memang suka semua novel dia..

rAIHan berkata...

@NiaLidia. memang hebat,,mcm mana dia boleh terfikir sampai mcm tuh kan.

Copyright @ NURAIHAN AB HAMID. Credit Image to Google
Faded Red Hand Blue Bow Heart Fruity Strawberry Heart