Meminta-minta kematian

Assalamualaikum

Masa tengah online semalam terjumpa satu post dari page iloveislam.com. Post tersebut berbunyi "Setiap yang hidup pasti akan merasai mati". Kita sebagai hamba memang tak boleh menafikan kekuasaannya. Hari nie online dan terjumpa pula satu post dari satu post. Post tersebut berkongsi tentang larangan meminta-minta kematianDikongsikan bersama dengan satu hadith. Raihan tak pasti sama ada ia adalah hadith sahih atau tidak. Rujuklah pada yang pakar.

Hadith seperti berikut :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: " Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." 

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tetapi sebagaimana yang kita tahu, orang yang paling bijak ialah orang yang banyak mengingati kematian. Tetapi islam melarang kita minta-minta kematian melainkan telah sampai ajalnya. Bila terpandangkan tarikh hari nie, teringat hari di mana arwah datuk raihan yang meninggal dunia pada tanggal 18 June 2008.

Akhir kata, kepada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. 


p/s: share lah entry ini pada yang lain jika dirasakan berguna untuk saudara kita yang lain. 




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

5 budak mengomel:

Qalb Awwab berkata...

Al-Fatihah untuk arwah datuk :')

THE AUTHOR berkata...

maksud kit aharus mengingati yang hidup pasti mati supaya tak lup adiri. Tapi janganlah sampai meminta kematian...betul tak?
Good info!

rAIHan berkata...

@mirul aar mekaseh..=)

rAIHan berkata...

@Hanif Idrus betul2..melainkan telah smpai ajal.

Himawari Mirsada berkata...

mmg mati akan menjelma cma xtau bl,tp digalakkn utk mengingatinye agr x alpa di dunia

Copyright @ NURAIHAN AB HAMID. Credit Image to Google
Faded Red Hand Blue Bow Heart Fruity Strawberry Heart