Masa tengah online semalam terjumpa satu post dari page iloveislam.com. Post tersebut berbunyi "Setiap yang hidup pasti akan merasai mati". Kita sebagai hamba memang tak boleh menafikan kekuasaannya. Hari nie online dan terjumpa pula satu post dari satu post. Post tersebut berkongsi tentang larangan meminta-minta kematian. Dikongsikan bersama dengan satu hadith. Raihan tak pasti sama ada ia adalah hadith sahih atau tidak. Rujuklah pada yang pakar.
Hadith seperti berikut :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: " Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tetapi sebagaimana yang kita tahu, orang yang paling bijak ialah orang yang banyak mengingati kematian. Tetapi islam melarang kita minta-minta kematian melainkan telah sampai ajalnya. Bila terpandangkan tarikh hari nie, teringat hari di mana arwah datuk raihan yang meninggal dunia pada tanggal 18 June 2008.
Akhir kata, kepada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.
p/s: share lah entry ini pada yang lain jika dirasakan berguna untuk saudara kita yang lain.
5 budak mengomel:
Al-Fatihah untuk arwah datuk :')
maksud kit aharus mengingati yang hidup pasti mati supaya tak lup adiri. Tapi janganlah sampai meminta kematian...betul tak?
Good info!
@mirul aar mekaseh..=)
@Hanif Idrus betul2..melainkan telah smpai ajal.
mmg mati akan menjelma cma xtau bl,tp digalakkn utk mengingatinye agr x alpa di dunia
Catat Ulasan