Tips : Jaga untuk Rambut Sihat

Assalamualaikum..

Rambut ibarat permata untuk semua kaum Hawa. Kalau yang bertudung, kena ambil extra care untuk penjagaan rambut..tapi bukan bermaksud untuk tak bertudung pula ye.. Kita kena lah pandai jaga rambut supaya cantik macam rambut model dalam iklan tuh..hikhik.

Jom kita ketahui apa nak buat untuk dapat rambut sihat!

1. Makan sumber protein
Pastikan nutrisi sumber protein dalam badan cukup. Sebab rambut terbina dari protein. Erm..baru tau. Penting untuk pastikan kesuburan rambut kita terjaga dengan kandungan nutrisi yang mencukupi. Okeh..mulai sekarang sila amalkan makan protein, paling mudah ialah ikan. Jangan korang makan ikan species dalam gambar tuh pulak. Comel sangat lah.

2. Ambil vitamin C

Vitamin C baik untuk kukuhkan akar rambut dan dapat elakkan rambut jadi rapuh. Lagi better kalau korang ambil minyak ikan. Bukan minyak ikan yang mak kita goreng-goreng tuh tau. Supplemen minyak ikan tuh. 
Semua nie boleh bantu bagi yang bermasalah rambut gugur.

3. Gunakan perapi rambut

Gunakan perapi rambut untuk bagi rambut korang bersinar-sinar macam dalam iklan tv. Ramai yang rasa perkara nie tak penting tapi khasiatnya diperlukan oleh rambut kita. Dah alang-alang shampoo, apa salahnya letakkan perapi rambut sekali. Bukan lama pon kan. Tapi tak boleh diamalkan selalu. Hanya sekali sekala sahaja tau.

4. Pastikan rambut kering

Elok kalau korang guna tuala untuk keringkan rambut apabila basah. Buat lembut-lembut tau, jangan kasar-kasar nanti rambut merajuk. Pastikan satu hala saja, bila kita keringkan rambut tuh. Orang sekarang ambil jalan mudah, nak kering rambut cepat guna pengering rambut je. Tak elok tau untuk kesihatan rambut kita

5. Gunakan air bersih ketika membilas

Air memang penting untuk badan kita dan boleh bagi kesegaran pada rambut. Suhu air juga penting tau, korang jangan guna air yang hangat untuk basuh rambut sebab boleh buat kulit kepala menjadi lembut dan cenderung untuk cedera. Senang kan? Tak susah nak jaga rambut.

6. Tidak terlalu panjang

Kepanjangan rambut seseorang boleh menyebabkan rambut cepat rosak. Tapi bergantung pada orang juga tau. Ada orang rambut dia panjang tapi cantik sangat. * jeles gila. Kalau korang yang pakai tudung, kena sembunyikan rambut dengan menyanggulnya. Betul tak? Apabila rambut disanggul dalam tempoh yang lama, rambut akan berubah struktur. So lebih baik dibiarkan sederhana panjang sahaja.

7. Pilih sikat yang sesuai.


Alamak. Sikat pon nak kena tengok juga lah. Yes, tepat sekali. Kalau rambut korang lebat dan panjang, guna sikat yang bergigi jarang. Bagi yang punyai rambut halus, boleh lah guna sikat bergigi rapat.
Bagaimana nak pilih sikat yang betul? Begini, kalau korang sikat rambut guna sikat tuh banyak rambut yang gugur. Maksudnya sikat tuh tak sesuai. Tapi kalau untuk yang memang rambut dia gugur ribu raban walaupun tak guna sikat. Kena tanya doktor ye.

Gambar dari Google.








Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

0 budak mengomel:

Copyright @ NURAIHAN AB HAMID. Credit Image to Google
Faded Red Hand Blue Bow Heart Fruity Strawberry Heart