Nak kongsi amalan budak 9A PMR nie. Dulu masa zaman sekolah rajin search pasal nie sebab nak bagi ingatan kita makin kuat. Alhamdulillah hasilnya memberangsangkan. Dengan izin Allah kita dapat apa yang kita mahu kalau kita usaha gigih. So rajin-rajin lah mengamalkannya yep.
1. Fahami apa yang dibaca
Paling penting dalam pelajaran. Mesti pastikan korang faham apa yang korang kena faham. Jangan hafal semata-mata okeh. Sangat bagus sebab bila korang faham, korang akan automatik ingat.
2. Hafal kata kunci
Kunci apa? Kunci perkataan lah. Letak kan ayat yang best-best supaya korang senang ingat.
Contoh macam nie : syarat nikah ialah bakal suami, bakal isteri, saksi, wali dan akad (SISWA)
3. Sering membuat imbasan
Maksud di sini bila cikgu dah ajar kat sekolah, balik rumah je terus tengok balik. Sebab kita akan lupa hampir semua dalam tempoh 24 jam. Otak kita nie auto-delete tau. Sekejap pon tak apa, paling kurang dalam 30 minit kalau busy sangat.
4. Elakkan tidur waktu petang
Pantang orang tua-tua tidur petang, katanya kurang waras nanti. Erm..better jangan tidur waktu petang terutama lepas asar. Kalau mengantuk sangat, buat lah benda lain contohnya tolong mak korang masak ke, tengok tv, or beriadah di luar.
5. Ajarkan pada orang lain.
Yang nie paling senang dan mujarab. Bila kita dah faham, ajar kat orang lain dan kita akan dapat ganjarannya. Ganjarannya ialah kita akan lebih faham. Percayalah. Raihan dah biasa buat dah nie.
Bila orang yang kita ajar tuh tak faham, kita akan ulang-ulang sampai dia faham.
6. Jaga pemakanan.
Pastikan korang makan yang halal yep. Jaga-jaga pada makanan yang dikuatiri, insyaALLAH selamat. Dulu ada orang pernah cakap kurangkan makan asam dan makanan yang masam.
7. Tingkatkan bekalan oksigen.
Macam mana caranya? Make sure korang dapat tidur yang cukup dan sewajarnya. Lebih-lebih pon mengantuk juga nanti. Bila tengah study, selang-seli kan rehat dengan study kita. Tumpuan yang boleh diberikan setakat 10-15 minit sahaja tau. Rehat nie maksudnya tarik nafas dalam-dalam dan berhenti sebentar. Kalau mengantuk sesangat, tidur jep. Lepas tuh sambung lah balik.
10 budak mengomel:
semua ni betul
dan mak selalu pesan jgn tido petang nanti otak lembap. hukhuk..
sebab tu sampai sekarang syieda xpernah tido siang. kalau tido tu maksudnye nak demam or sakit la.. :)
hehe..thanks,SISWA smpai sekarang msih teringt formula tu..huhu
yups! Tips berguna.Usaha untuk yang terbaik.Dapat tak dapat lain citer.Usaha dulu ye dak ?
mmg terbukti berkesan tips ni..terutama bila kita bc..kita bg tau kt org lain..eans kita ajar dia la..kannnn
wah nice tips.. singgah n follow ur nice blog :)
@keli menari tepat sekali. yg penting usaha kita..
@haffizmohdnoor thanx singgah, will follow you back soon..=)
@Yumida betul..cara tuh memang plg berkesan.
haaa rupenya tido tgh ari akan jadikan kita pelupa yeee .. aduhhh
@ieda tidur waktu petang terutama lepas asar..=)
Catat Ulasan