Dari stadium ke icity

Assalamualaikum..

1001 perkara boleh berlaku dalam masa sehari. Kadang-kadang kita tak boleh nak tentu tiap-tiap perkara sebab kita hanya merancang, ALLAH yang tentukan. Pagi semalam umi ajak pergi dinner kat Stadium Malawati, Shah Alam. Pelik. Macam mana nak dinner kat stadium? Tapi sebab nak temankan umi, ikut kan juga lah plan tuh. Bertolak dari rumah ke Shah Alam, ayah hantarkan kami sampai ke stadium. Lepas tuh ayah bawa adik-adik yang lain ke Icity, Seksyen 7.

Masa kat stadium tuh memang ramai orang. Rupa-rupanya majlis penganugerahan ahli Zhulian. Sebaik saja masuk, setiap orang dapat goodie bag. Masuk dalam stadium cari tempat duduk. Wah, ramai betul ahli Zhulian nie. Umi kata majlis khas untuk agensi satu Malaysia. Tak berapa lama duduk dalam tuh, majlis pon belum mula lagi. Kepala dah pusing sebab satu stadium tiup wisel. Dalam goodie bag tuh ada bagi satu, what lah. So, apa lagi cakap dengan umi nak duduk sini lagi ke dengar ucapan sampai larut malam? Umi pon setuju nak balik.

Keluar dari stadium, call along kata nak balik. Cadangnya nak minta ayah ambil kami kat stadium tapi ternampak pula satu teksi yang baru sahaja menurunkan penumpang. Umi bergegas tahan teksi dan tanya. Driver tuh tak yakin nak hantar ke Seksyen 7 sebab dia bawa teksi sekitar kajang saja. Raihan pon cakap dengan umi, boleh tunjuk jalan. It's okay.

Disebabkan all my family members dah pergi ke Icity, we decided nak turun di Icity juga. So, berjalanlah kami berdua masuk. Tutup buku pasal stadium, buka buku baru tentang Icity lah. Here we was!!


peguin in Icity


bentuk apakah?


ice sculptures


me as photographer..=.='


he was so excited


apa salah berbaju kurung? *sejuk gila


Banyak lagi gambar rasa macam nak upload semua tapi panjang entry nie nanti. Hehe. Duit cair macam ais mencair. Thanks to my parents sebab sudi bawa kami ke sini. It's family time!! Entrance fee masuk Icity for parking RM10 per car after 6pm. Entrance fee RM35 for adult and RM30 for child. Tapi kalau korang apply membership card, boleh dapat diskaun. Nak pesan kalau korang decide nak pergi ke sini, perkara wajib buat ialah pakai kasut bertutup dan stokin sekali. Baju pakai tebal-tebal walaupun dah pakai jacket yang disediakan tapi tetap rasa nak beku. Kalau ada sarung tangan pon elok bawa sekali sebab nak beli kat sana paling murah RM15 per pair. Kasut boleh sewa which is RM10 per pair tapi kena bayar deposit RM10 per pair. Maksudnya kalau nak sewa 5 pasang, you need to pay RM100. Lepas korang pulangkan kasut tuh, korang akan dapat balik RM50. 

This is my major activities. What about you?



Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

3 budak mengomel:

Hanif berkata...

best jalan-jalan kat air batu....amik gambar lagi ..happy family!!

rAIHan berkata...

@Hanif huhu..banyak amik gambar tp tak upload..thanx..=)

Ayien Ocaca berkata...

Sejuk and seronok nye.......

Copyright @ NURAIHAN AB HAMID. Credit Image to Google
Faded Red Hand Blue Bow Heart Fruity Strawberry Heart