Sedih itu normal. Kekecewaan juga adalah normal. Jadi kita sebagai manusia perlu menjalani kehidupan yang normal, iaitu akan bersedih dan berdukacita. Mungkin kita akan terfikir kenapa kita diberi ujian seperti ini. Tetapi kita tak tahu bahawa ALLAH tidak akan memberikan ujian terhadap sesuatu yang kita tidak mampu atasi. Pepatah arab mengatakan La Tahzan, InnaALLAH Ma'ana yang bermaksud jangan bersedih, sesungguhnya ALLAH bersama kita. Perlunya kita menghindarkan kesedihan dan kekecewaan yang dihadapi untuk meneruskan kehidupan. Kita kena berfikir secara positif atas sebab setiap kejadian. Apa pon yang berlaku mesti ada kebaikan disebaliknya.
1. Luahkan pada ALLAH
Adu lah pada DIA yang menciptakan kesedihan itu. Semoga kita sentiasa berlapang dada dan menerima takdir. Dewasa kini, ramai orang meluahkan perasaan tak kira gembira, sedih, marah atau kecewa di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan seumpama dengannya. Tetapi mereka lupa dengan keanggungan dan kebesaran ALLAH. Sesungguhnya Dia yang mencipta segala macam perasaan.
2. Luahkan pada orang yang paling rapat dan dipercayai
Ceritakan padanya dan minta pendapat darinya. Semoga teralih beban dibahu kerana ada yang sudi berkongsi. Kadang-kadang kita tak mampu menanggung beban bersendirian, dan mungkin akan menyebabkan kita mengalami kemurungan. Bebanan mampu dikurangkan dengan berkongsi rasa dengan orang lain.
3. Catat dan bakar kesedihan itu.
Ramai orang suka lebih gemar menulis diari, mencatatkan detik-detik dalam kehidupan seharian. Tapi sedar kah. Mengapa ingin dicatat kesedihan itu dalam kepingan kertas? Masa akan datang ia masih di situ, dan adakah kamu mahu mengenang kesedihan itu. Jadi cara yang lebih berkesan ialah catatkan kesedihan itu, dan bakar kertas tersebut. Buang jauh-jauh kesedihan itu dari sudut hati. Semoga lebih tenang dan berpuas hati.
4. Fikir dari sudut positif.
Pelangi diwujudkan selepas hujan dan munculnya matahari. Bukan kah indah kejadian alam. Semua perkara mesti ada hikmah disebaliknya. Tapi bukan mudah untuk seseorang menerima hakikat, buatlah secara perlahan agar minda kita mampu menerima.
p/s : Dicatatkan berdasarkan pengalaman, ia juga adalah peringatan utk diri ini. Kadang-kala masih tercari-cari sinar dalam kehidupan dan masih mencuba menerima keadaan.
8 budak mengomel:
Datang dari segmen….as promise
Sudah diletak URL anda dibloglist saya…
Hanif blog bloglist - klik sini
Bloglist adalah berdasarkan abjab
Setiap minggu saya akan merayau di bloglist
Tiada paksaan..hehehehe
Letakkan Hanif Blog ( http://hanifidrus.blogspot.com) di bloglist anda.
@Hanif Bloglist Blog sudah,,hari tu terdelete sebab update bloglist~
entri yg menarik tuk ifa..sebab ifa adlh slh stu org yg suka luahkan perasaan kat twitter dan blog..huhu..pa2 pun kita mesti hadapi cubaan dengan hati yg lapang..Insylah..=)
walaupun apa pun terjadi, hidup tetap perlu diteruskan..percayakan qada dan qadar-Nya..:D
@kaishin betul,,kdg2 kita kne terima dgn hati yg terbuka~
bila kita berfikir secara positif dan menerima dengan hati terbuka, kita takkan rasa kecewa teramat.. mengadulah padaNYA..
yg penting xmudah melatah.luah pd
laman sesawang bagai :p
nice ni kwn :)
setuju sangat. sesedih mana ponn kita Allah is the best untuk kita mengadu :)
Catat Ulasan