Sekarang blog nie cuma update entry sekali sehari. Bukan apa. Takut ada yang terlepas pandang dengan post2 yang begitu banyak. Tak sempat nak baca yang itu, yang baru sudah keluar. Maklumlah. Blog nie pon femes gitu. Tapi raihan tetap rasa bersyukur sebab masih ada yang datang menyinggah dan komen entry raihan. Bermakna korang sayang raihan letteww. Whopps gedik kejap.
Kali nie raihan nak share dengan korang something yang kita semua dah biasa dengar. Tapi sayangnya tak ramai yang mahu mengamalkan dan mengucapkannya. Pahala tau kita dapat bila kita ucapkan. Jangan terikut kebaratan atau kekoreaan kita tuh. Hewhew. Daripada kita cakap "Oh My God" atau "Aigoo" dalam percakapan bukankah lebih baik ucapkan yang lebih baik serta melambangkan Islam yang indah. Jom kita tengok, baca, hafal dan ucap 7 kalimah nie dalam our daily life:
Bismillahirrahmanirrahim, setiap kali hendak melakukan sesuatu.
Alhamdulillah, setiap kali selesai melaksanakan sesuatu.
Astaghfirrullahhal Azim, apabila tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
Insya-Allah, apabila kita mahu melakukan sesuatu pada masa akan datang.
Lahaulawalaquwataillahbillah, apabila kita tak dapat melakukan sesuatu atau melihat sesuatu yang buruk.
Innalillah, apabila menghadapi musibah atau melihat kematian.
Laa ilaahaillallah, sepanjang malam dan siang sebanyak-banyaknya. Amalan untuk kita berada dalam golongan yang terpilih oleh Allah
Semoga entry kali nie dapat memberi manfaat pada semua. Buat peringatan keras untuk diri ini juga. Mari kita berkongsi pendapat di bahagian komen. Betulkan jika tersilap. Yang baik semua dari Allah, yang buruk datangnya dari diri saya sendiri.
Waallahualam..
5 budak mengomel:
hehe betul tuh! ...skli shari juga saya buat...hehe
Sama2lah kita selalu mengamalkannya dlm kehidupan seharian.
Allahu akbar..
Alhamduillah. semoga terus menulis secebis dakwah di dalam blog anda..
teruskan
Alhamdulillah...kita sama2 amalkan
hanya 7 klimah ttp kdang2 kite lupe nk ucapkan..
Catat Ulasan