9 Perkara penting ketika bercakap

Assalamualaikum.

Hai guys. Kali nie nak share tentang cara nak bercakap di khalayak ramai. Masa zaman sekolah dulu raihan aktif dengan aktiviti-aktiviti yang seumpama ini. Zaman sekolah rendah, raihan masuk acara berbalas pantun. Walaupun tak pernah menang tapi ada juga pengalaman. Waktu tingkatan satu sehingga tingkatan tiga pula aktif  dalam acara syarahan. Kadang-kadang asyik bersyarah je depan orang. Cakap dengan kawan-kawan pun dah macam bersyarah. Dah terlalu biasa bercakap dengan cara seperti itu, nak buat macam mana. Waktu tingkatan tiga pernah sekali masuk acara berbalas pantun. Menang tempat pertama tau.
Alhamdulillah. 

Kemudian waktu tingkatan empat, aktif dengan acara debat Bahasa Melayu ala Parlimen. Rasanya dalam banyak acara bercakap nie, debatlah yang paling susah. Sebab kita akan memberi hujah berdasarkan hujah pesaing kita, otak kena berfikiran cerdas dan cergas. Kalau tidak terkial-kial nak jawab dan bidas hujah tuh. Tak ingat pula berapa kali menang dan beberapa kali kalah. Maklumlah tak sehebat mana. Tapi sebab nak kumpul pengalaman, join juga lah. Finally waktu tingkatan lima, busy pula dengan acara pidato Piala Perdana Menteri. Pidato nie lebih kurang macam syarahan tapi lebih lembut sikit nadanya. Tapi sebab dah tercebur kan diri dalam debat, time berpidato agak terikut sikit nada debat. Haihh. Debat nie memang memberi kesan mendalam dalam hidup. Tidak dinafikan memang akan gemuruh bila nak bercakap depan khalayak ramai tapi ada jalan penyelesaiannya.


Antaranya :

1. Pastikan anda tahu apa yang perlu anda ketahui.
2. Kena banyak berlatih depan cermin.
3. Bercakap dengan nada yang kuat dan jelas. #bukan menjerit ye.
4. Eye-contact dengan pendengar. Jangan terlalu memandang mata penonton.
5. Pastikan para pendengar boleh faham dengan isi kandungan percakapan anda.
6. Jaga pernafasan ketika berucap.
7. Elakkan berhenti ketika berucap. Akan mengundang keterlupaan.
8. Jangan bercakap terlalu laju atau terlalu perlahan.
9. Cuba berinteraksi dengan pendengar.

p/s: Tips di atas boleh juga diamalkan ketika nak buat presentation dalam kelas atau kuliah. 




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

21 budak mengomel:

shahrazali berkata...

info yg bagus....sepanjang jadi student ni mmg selalu kena present mcm2 depan orang...sem ni plak ada present final year project...neves gk ni..hehe...sy ni nyanyi atas stage x segan,,tp nk present segan..haha...

Elih Japahar berkata...

Tips yg bagus ^_^ sy pun kdg2 gemuruh bila bckp kt depan ni huhu..salam pkenalan

MAY berkata...

hi..tq follow n view my blog..;)

Reena Sidek berkata...

wahh... awak memang aktif yer...
sy zaman sekolah dulu memang pemalu... bila disuruh pergi ke hadapan, rasa nak lari2 jauh jer...

kyna berkata...

pernah skli way syrahan..nervous....hahaa..kalh da...
nice entri..follow sini..
follow back :)

Unknown berkata...

wahh pengalaman bagus n baik!
thanks tips ni.. boleh gune ni

Yuyu Ashari berkata...

bagus nye awak ! kite ni spastik sikit, pemalu. mcm tak yakin nak berucap depan org rmai. pnah dulu time skolah kne jd MC, cikgu kritik suare mcm baca buku cerita. haha !

Hanif berkata...

Aku selalu kena komplen bila buat presentation cakap terlalu laju..hehhe

Just Mini Love berkata...

mcm mana nk bgi rasa gementar dan takut ye.. sbb kurg confident dgn diri sendiri.. x berani nk ckp depan org ramai.. klo presentation pun rasa tkut..-.-

RHI berkata...

dulu masa sekolah akak pemalu..tapi sekarang kalau suruh bercakap..rasanya susah nak berhenti heeee..

mekasih singgah blog akak

Mun berkata...

huhu..akak kalo bercakap kat depan ni.. atau masa wat presentation.. suara akak sangat laa perlahan... dah mmg gitu..huhu~

CikAndante berkata...

nice entry dear :D

Tanpa Nama berkata...

huhu masa kls public speaking punya test cuak gila ..alhamdulillah takda masalah sgt..

Tanpa Nama berkata...

sekarang sebelum aku bercakap .. aku bercakap sorang sorang dulu ... cuma takut nanti, org ingat lain pulak

Tanpa Nama berkata...

thanks tuk info ni :)

*kalaulah tips ni dipublish 3tahun lepas. mesti syieda leh jadi juara debat uitm. hihihi @_@

Myra Azraff berkata...

taktau kenapa dulu rasa x yakin je cakap dpn org ramai ni time buat presentation..sekrang ni dah okey sikit..dah ade tip2 ni rase lagi bagus..hehe

rAIHan berkata...

@Elih Japahar salam kenal juga

rAIHan berkata...

@Rafflesia™ 3 tahun lepas? wah raihan baru nak timba pengalaman..

rAIHan berkata...

@Iena Eliena insyaALLAH akan join. thanx jemput~

Tanpa Nama berkata...

wah..aktif sungguh..saya pun x delah hebat mcm tu..tapi sya nak tnye pndpt korg semualah..syarahan dengan debat mn lagi bgs ye?saya disuruh untuk memilih antara keduanya sebagai wakil seklh..sy x blh plh dua dua...please..

Nur Aishah berkata...

HI, saya nak tanya? Saya ade pertandingan syarahan pada minggu yang akan datang. Tapi masa saya latihan mahu saya terlupa dengan isi penting.... Boleh tolong saya mcm mana nak cara isi pentingan untuk syarahan.. Tolong Saya!!

Copyright @ NURAIHAN AB HAMID. Credit Image to Google
Faded Red Hand Blue Bow Heart Fruity Strawberry Heart